Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga telah pergi bercuti ke Langkawi.Kami ke sana dengan menaiki kapal terbang.Pada mulanya saya berasa agak takut kerana ia merupakan pengalaman pertama saya.Tetapi lama-kelamaan saya berasa selesa dan seronok.Setibanya di sana,ayah menyewa sebuah kereta untuk memudahkan kami melawat ke tempat-tempat yang menari.Ayah membawa kami ke tempat penginapan.Oleh sebab terlalu penat,kami mengambil keputusan untuk berehat.Keesokan paginya,tempat pertama yang kami pergi ialah Gunung machinchang.untuk sampai ke puncak,kami harus menaiki kereta kabel.Pada mulanya saya berasa sedikit gayat kerana baru pertama kali saya menaiki kereta kabel.Lama-kelamaan saya berasa tenang.Tetapi setibanya di atas puncak,saya kembali menjadi gerun bercampur takut apabila mengetahui saya berada 700 meter dari atas laut.Mujurlah ibu sentiasa menenangkan saya.Tempat kedua yang kami lawati ialah Makam Mahsuri.Saya bersa sangat teruja apabila membaca sejarah Mahsuri.Dia merupakan seorang wanita yang jujur sehingga setelah dibunuh,Mahsuri mengeluarkan darah berwana putih.Menurut cerita penduduk Langkawi,sebelum Mahsuri meninggal dia telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.Menurut mereka juga,sumpahan itu benar-benar berlaku.Seterusnya,ayah membawa kami ke Taman Buaya.Pelbagai jenis dan saiz buaya yang terdapat di sana.Saya bersa tertarik apabila melihat seorang pelatih memberi makanan kepada buaya-buaya tersebut.Tiada rasa takut di dalam diri mereka.Mungkin kerana sudah biasa.Tempat yang kami lawati seterusnya ialah Underwater World.Jika tadi terdapat pelbagai jenis buaya,di sini pula terdapat pelbagai jenis haiwan yang berwarna-warni.Sya berasa sangat seronok semasa melihat burung merak yang berwarna-warni mengembangkan sayapnya.Burung merak itu kelihatan sangat cantik.Saya juga dapat melihat haiwan dasar laut seperti ikan,kuda laut,tapak sulaimandan banyak lagi.Selain itu, saya juga berpeluang melihat penguin yang comel-comel belaka.Pada kebiasaannya, pengunjung-pengunjung tidak akan melepaskan peluang bergambar di Dataran Helang.Kami juga begitu.Sebelum pulang ke negeri kelahiran iaitu negeri Pahang,kami mengambil gambar di Dataran Helang dan membeli sedikit cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul
14 ulasan:
salah banyak
Betul ke ni
Ni ulasan bukan karangan
Bagus :-)
perbaiki lagi.
Tak sesuai untuk pelajar PT3
Ya..aku pun rasa benda sama
Boleh perbaiki lagi karangan anda ya...
Sila perbaiki lagi
Entahlah
Ini ulasan lah
BAGUS
hmm.sanagat x bagus . nilah keburukan internet , cari karangan pt3,tapi bagi ulasan budak darjah 1
Macam xbetul
Catat Ulasan