Lawatan ke Kuala Lumpur


Kuala Lumpur merupakan ibu kota negara Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong dari segenap lapisan masyarakat sama ada dari dalam atau luar negara.Oleh itu,pada cuti persekolahan yang lalu aku dan keluargaku telah bercuti ke Kuala Lumpur.Tujuan kami ke sana untuk bercuti sambil makan angin.Kami bertolak dari tersang pada pukul 8.00 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 1.00 petang.Kami menginap di rumah ibu saudaraku yang terletak di Taman Ampang Hilir Selangor .Kami berehat sebentar sambil menjamu selera di rumah ibu saudaraku.Selepas itu,abahku membawa kami ke Muzium Negara.dari luar bangunan muzium itu aku melihat sebuah kolam air pancut yang cantik.Ramai pelancong yang terdapat di situ.Kemudian kami pun masuk ke dalam muzium.Aku melihat pelbagai barangan purba dipamerkan.Antaranya senjata,pakaian tradisional,keris,barangan tembaga,gambar-gambar bersejarah dan banyak lagi.Kami sempat menyaksikan adat perkahwinan orang Melayu dan Cina.Kami tidak dibenarkan mengambil gambar semasa di dalam muzium.Keesokan harinya kami melawat ke Sunway Lagoon yang berdekatan Subang Jaya.Sunway Lagoon ialah kawasan istirehat yang terdapat beraneka permainan air yang menarik dan menjadi tumpuan ribuan manusia .Setelah puas bermandi-manda aku dan keluargaku makan di sebuah restoran.Makanan di situ sungguh enak dan lazat.Kami meneruskan lawatan ke Menara Berkembar Petronas.Aku berasa bangga kerana berpeluang melihat menara berkembar yang tertiggi di dunia.Aku bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia.Kemudian abah membawa kami melawat ke Petrosains.Semasa berada di ruang pameran Petrosains kami diberi taklimat oleh petugas-petugas di situ.Satu dokumentari tentang ciptaan sains telah ditayangkan.Terdapat juga pelbagai jenis pameran seperti hidupan pada zaman dahulu iaitu dinasour.Aku terpegun dengan ciptaan dinasour yang begitu unik.Selain itu,terdapat maklumat bercetaktentang penemuan baru sains,ciptaan sains yang inovatif dan banyak lagi.Sebelum pulang ke rumah ibu saudaraku,kami bersolat di sebuah masjid yang cantik dan bersih yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas.Kuala Lumpur wajar menjadi kebanggaan rakyat jelata.Aku kagum melihat puluhan bangunan bagaikan berlumba memecah awan.Kami sekeluarga sempat singgah di Pasar Seni dan membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan