melancong ke melaka


Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga saya telah melancong ke Melaka bandar yang penuh dengan sejarah.Kami pergi Melaka dengan menaiki kereta.Setibanya kami di sana,kami melawat ke Muzium Tentera Laut.Semasa di dalam muzium tersebut,saya melihat banyak kapal laut dan senjata-senjata pada zaman dahulu.Selain itu,kami pergi ke Kota A Famosa.Semasa kami di sana kami melihat banyak pelancong yang datang.Saya juga tidak lepaskan peluang untuk menaiki beca.Saya juga sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang ke rumah nanti.Pada waktu tengah hari ,kami sekeluarga singgah makan di Restoran Sri Melaka.Semasa di sana,saya melihat ramai orang yang datang makan tengah hari di sana.Selepas makan tengah hari ,kami sekeluarga sambung melancong ke muzium kapal besar.Semasa di dalam kapal tersebut,saya melihat banyak alatan-alatan pada zaman dahulu yang digunakan.Pada waktu malam pula,kami manaiki bot untuk menyusuri sungai Melaka.Semasa kami menyusuri sungai Melaka,kami melihat banyak lampu-lampu yang cantik dan rumah pada zaman dahulu kala masih lagi digunakan.Selepas itu,kami bertolak pulang ke rumah pada pukul 11 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan