eiwan@kuchai-keluarga bahagia

My Mother

aku tanpa cintamu

melancong ke cameron highlands


Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga telah pergi ke Cameron Highlands dengan menaiki kereta.Kami bertolak dari rumah pada pukul 7.00 pagi dan sampai pada pukul 10.00 pagi.Setibanya kami di sana,saya merasa sangat gembira dan teruja kerana di sana banyak terdapat tumbuh-tumbuhan yang segar.Tempat pertama yang kami lawati ialah ladang teh.Apabila kami tiba di sana,seorang pekerja lelaki menerangkan kami mengenai ladang teh kepada kami sekeluarga.Ibu juga membeli uncang teh 'boh'di sebuah kedai.Kami juga sempat melihat cara-cara untuk membuat uncang teh.Kami juga mengambil gambar dan merakam video untuk mengimbas kembali mengenainya.Selepas itu,kami melawat ke kebun strawberi.Semasa di sana kami melihat banyak strawberi yang berwana merah dan hidup dengan segar.Kami juga sempat memetik buah strawberi dan makan di sana.Semasa kami ke Cameron Highlands,cuaca di sana amat baik dan agak sejuk.Kemudiannya,kami melawati ke taman rama-rama.Semasa di taman rama-rama,kami dapat melihat pelbagai rama-rama yang berwana warni.Saya dan adik saya juga sempat mengambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan.Seterusnya,kami pergi ke taman bunga.Di sana terdapat pelbagai jenis bunga yang hidup dengan segar.Ibu juga sempat membeli beberapa jenis bunga untuk dibawa pulang.Tempat yang terakhir ialah kami pergi ke Pasar Buah-Buahan.Kami membeli sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dibawa pulang.Pada pukul 5.00 petang kami bertolak pulang.Kami berasa sangat gembira.

Pengalaman bercuti ke Langkawi


Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga telah pergi bercuti ke Langkawi.Kami ke sana dengan menaiki kapal terbang.Pada mulanya saya berasa agak takut kerana ia merupakan pengalaman pertama saya.Tetapi lama-kelamaan saya berasa selesa dan seronok.Setibanya di sana,ayah menyewa sebuah kereta untuk memudahkan kami melawat ke tempat-tempat yang menari.Ayah membawa kami ke tempat penginapan.Oleh sebab terlalu penat,kami mengambil keputusan untuk berehat.Keesokan paginya,tempat pertama yang kami pergi ialah Gunung machinchang.untuk sampai ke puncak,kami harus menaiki kereta kabel.Pada mulanya saya berasa sedikit gayat kerana baru pertama kali saya menaiki kereta kabel.Lama-kelamaan saya berasa tenang.Tetapi setibanya di atas puncak,saya kembali menjadi gerun bercampur takut apabila mengetahui saya berada 700 meter dari atas laut.Mujurlah ibu sentiasa menenangkan saya.Tempat kedua yang kami lawati ialah Makam Mahsuri.Saya bersa sangat teruja apabila membaca sejarah Mahsuri.Dia merupakan seorang wanita yang jujur sehingga setelah dibunuh,Mahsuri mengeluarkan darah berwana putih.Menurut cerita penduduk Langkawi,sebelum Mahsuri meninggal dia telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.Menurut mereka juga,sumpahan itu benar-benar berlaku.Seterusnya,ayah membawa kami ke Taman Buaya.Pelbagai jenis dan saiz buaya yang terdapat di sana.Saya bersa tertarik apabila melihat seorang pelatih memberi makanan kepada buaya-buaya tersebut.Tiada rasa takut di dalam diri mereka.Mungkin kerana sudah biasa.Tempat yang kami lawati seterusnya ialah Underwater World.Jika tadi terdapat pelbagai jenis buaya,di sini pula terdapat pelbagai jenis haiwan yang berwarna-warni.Sya berasa sangat seronok semasa melihat burung merak yang berwarna-warni mengembangkan sayapnya.Burung merak itu kelihatan sangat cantik.Saya juga dapat melihat haiwan dasar laut seperti ikan,kuda laut,tapak sulaimandan banyak lagi.Selain itu, saya juga berpeluang melihat penguin yang comel-comel belaka.Pada kebiasaannya, pengunjung-pengunjung tidak akan melepaskan peluang bergambar di Dataran Helang.Kami juga begitu.Sebelum pulang ke negeri kelahiran iaitu negeri Pahang,kami mengambil gambar di Dataran Helang dan membeli sedikit cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.

Lawatan ke Kuala Lumpur


Kuala Lumpur merupakan ibu kota negara Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong dari segenap lapisan masyarakat sama ada dari dalam atau luar negara.Oleh itu,pada cuti persekolahan yang lalu aku dan keluargaku telah bercuti ke Kuala Lumpur.Tujuan kami ke sana untuk bercuti sambil makan angin.Kami bertolak dari tersang pada pukul 8.00 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 1.00 petang.Kami menginap di rumah ibu saudaraku yang terletak di Taman Ampang Hilir Selangor .Kami berehat sebentar sambil menjamu selera di rumah ibu saudaraku.Selepas itu,abahku membawa kami ke Muzium Negara.dari luar bangunan muzium itu aku melihat sebuah kolam air pancut yang cantik.Ramai pelancong yang terdapat di situ.Kemudian kami pun masuk ke dalam muzium.Aku melihat pelbagai barangan purba dipamerkan.Antaranya senjata,pakaian tradisional,keris,barangan tembaga,gambar-gambar bersejarah dan banyak lagi.Kami sempat menyaksikan adat perkahwinan orang Melayu dan Cina.Kami tidak dibenarkan mengambil gambar semasa di dalam muzium.Keesokan harinya kami melawat ke Sunway Lagoon yang berdekatan Subang Jaya.Sunway Lagoon ialah kawasan istirehat yang terdapat beraneka permainan air yang menarik dan menjadi tumpuan ribuan manusia .Setelah puas bermandi-manda aku dan keluargaku makan di sebuah restoran.Makanan di situ sungguh enak dan lazat.Kami meneruskan lawatan ke Menara Berkembar Petronas.Aku berasa bangga kerana berpeluang melihat menara berkembar yang tertiggi di dunia.Aku bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia.Kemudian abah membawa kami melawat ke Petrosains.Semasa berada di ruang pameran Petrosains kami diberi taklimat oleh petugas-petugas di situ.Satu dokumentari tentang ciptaan sains telah ditayangkan.Terdapat juga pelbagai jenis pameran seperti hidupan pada zaman dahulu iaitu dinasour.Aku terpegun dengan ciptaan dinasour yang begitu unik.Selain itu,terdapat maklumat bercetaktentang penemuan baru sains,ciptaan sains yang inovatif dan banyak lagi.Sebelum pulang ke rumah ibu saudaraku,kami bersolat di sebuah masjid yang cantik dan bersih yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas.Kuala Lumpur wajar menjadi kebanggaan rakyat jelata.Aku kagum melihat puluhan bangunan bagaikan berlumba memecah awan.Kami sekeluarga sempat singgah di Pasar Seni dan membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

lirik lagu keluarga bahagia(saujana)


Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih maniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina barsama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu.

melancong ke melaka


Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga saya telah melancong ke Melaka bandar yang penuh dengan sejarah.Kami pergi Melaka dengan menaiki kereta.Setibanya kami di sana,kami melawat ke Muzium Tentera Laut.Semasa di dalam muzium tersebut,saya melihat banyak kapal laut dan senjata-senjata pada zaman dahulu.Selain itu,kami pergi ke Kota A Famosa.Semasa kami di sana kami melihat banyak pelancong yang datang.Saya juga tidak lepaskan peluang untuk menaiki beca.Saya juga sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang ke rumah nanti.Pada waktu tengah hari ,kami sekeluarga singgah makan di Restoran Sri Melaka.Semasa di sana,saya melihat ramai orang yang datang makan tengah hari di sana.Selepas makan tengah hari ,kami sekeluarga sambung melancong ke muzium kapal besar.Semasa di dalam kapal tersebut,saya melihat banyak alatan-alatan pada zaman dahulu yang digunakan.Pada waktu malam pula,kami manaiki bot untuk menyusuri sungai Melaka.Semasa kami menyusuri sungai Melaka,kami melihat banyak lampu-lampu yang cantik dan rumah pada zaman dahulu kala masih lagi digunakan.Selepas itu,kami bertolak pulang ke rumah pada pukul 11 malam.

biodata saya




NAMA -NURUL NASUHA BINTI MOHD AFANDI
UMUR -14 TAHUN
TARIKH LAHIR -25/02/1996
TEMPAT LAHIR -HOSPITAL RAUB
NAMA AYAH -MOHD AFANDI BIN MOHD ALI
NAMA IBU -NORAZIAH BINTI RAZALI
MAKANAN KEGEMARAN-NASI AYAM
MINUMAN KEGEMARAN-MILO AIS
HOBI -MEMBACA BUKU
CITA -CITA -MENJADI GURU
KENANGAN MANIS -PERGI MELAKA BERSAMA RAKAN-RAKAN
KENANGAN PAHIT -KEHILANGAN AYAH
UCAPAN -SEMOGA MENCAPAI CITA-CITA